Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta Lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli [Astro Ria] - Drama adaptasi seterusnya karya Siti Rosmizah. Drama Jangan Menangis Cinta dijangka akan menemui peminat drama-drama melayu pada bulan Mac. Menggandingkan lakonan pelakon popular tanah air Remy Ishak dan Amyra Rosli sebagai watak utama. Berikut adalah butiran Drama Jangan Menangis Cinta [Astro Ria]
Episod: 40
Tarikh Tayangan: Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Halim Radzi sebagai Hariz
Rita Nadira sebagai Dina
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Atilia Haron sebagai Amirah
Hawra sebagai Cinta Aryana
Hilal Azman sebagai Pak Nordin
Sinopsis Jangan Menangis Cinta
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.
Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.
Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.
Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.
Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!
Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta Lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli [Astro Ria]
Reviewed by Jejari Menaip
on
12:06:00 PM
Rating:
No comments: