Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim dan Ruhainies [Akasia TV3]


Drama Sayang Tak Dikenang adaptasi novel terbitan Karya Seni dan hasil tulisan novelis Wazrul Shah. Drama ini dijangka akan mengisi slot Akasia TV3 dan menampilkan gandingan utama Fadlan Hazim dan Ruhainies. Berikut adalah butiran Drama Sayang Tak Dikenang:

Sayang Tak Dikenang

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Andy Teh sebagai Erick
Riz Amin sebagai Omar
Meor Mohd sebagai Aakif
Mimie Amirah sebagai Nazneen
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Kak Girl sebagai Roslaini 

Sinopsis Sayang Tak Dikenang

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. 

Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?
Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim dan Ruhainies [Akasia TV3] Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim dan Ruhainies [Akasia TV3] Reviewed by Jejari Menaip on 12:17:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.