Sinopsis Filem Siku 12 Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Klye dan Zahiril Adzim

 


Sinopsis Filem Siku 12 Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Klye dan Zahiril Adzim | Mengisahkan Atid dan A Wut berketurunan Siam adalah dua sahabat baik yang tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah. 


Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak. 

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya, meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu. 

Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid ingin mengetahui apakah jurus persilatan digunakan. 

Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun. 

Atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata iaitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari.

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya. Siku 12, antara dendam, jurus Siku 12 Langkah Derhaka, maruah diri, cinta, persahabatan dan takdir, di sinilah bakal merungkai segala-galanya.


Sinopsis Filem Siku 12 Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Klye dan Zahiril Adzim Sinopsis Filem Siku 12 Langkah Derhaka Lakonan Syafiq Klye dan Zahiril Adzim Reviewed by Jejari Menaip on 4:34:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.