Cara Memohon i Lestari Secara Online Tanpa i Akaun | Seperti yang sedia maklum PKP telah dilanjutkan selama dua minggu lagi yang dijadual berakhir pada 28 April 2020. Satu inisiatif daripada pihak kerajaan adalah dengan membenar untuk melakukan pengeluaran bagi akaun kedua KWSP. Mungkin masih ramai yang tidak berkesempatan untuk mendaftar i akaun bagi membolehkan anda semua untuk memohon i Lestari bagi mengeluarkan wang dari akaun kedua KWSP. Oleh sebab ini, pihak KWSP telah menyediakan satu platform untuk memohon i-Lestari bagi mereka yang tiada i-Akaun. Jadi, berikut dikongsikan Cara Memohon i Lestari Secara Online Tanpa i Akaun
- Klik (Permohonan i-Lestari) untuk ke laman utama permohonan
- Klik permohonan baru seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah
- Kemudian, isi segala maklumat yang diperlukan. Pastikan anda masukkan NO IC dan NO TELEFON yang betul
- Dan akhir sekali, tekan butang hantar untuk permohonan diproses
- Status permohonan boleh dibuat pada link berikut (Status i-Lestari)
Cara Memohon i-Lestari Secara Online Tanpa i-Akaun
Reviewed by Jejari Menaip
on
2:09:00 PM
Rating:
No comments: